// Hi, WELCOME TO THE CLUB . hihi ^_^ ♥

Thursday, 11 July 2013

Cinta hanya kerana ALLAH , bukan kerana NAFSU ♥


Assalamualikum dan salam sejahtera ♥

"Antara aku dengan CRUSH vs CINTA 
".
 

Soalan yang susah. Bukan susah untuk menjawab. Tapi susah untuk membuatkan jawapan saya itu difahami.
 Kerana cinta semuanya boleh jadi...Dari waras jadi gila. Dari kaya jadi kayap. Dari gembira jadi sedih. Dan selalunya cinta pada mulanya indah. Dan tak semua di akhiri dengan gembira. Malah 40% cinta putus ditengah jalan. Banyak sebab kenapa. Ada orang ke-3, tak setia, terpaksa berjauhan,
 hati mula berubah, tak dapat restu family, dan banyak lagi. Dan yang pasti. "Tiada jodoh diantara kita"."Walaupun serat/sekuat mana kita genggam dia, kalau dia bukan milik kita.Dia tetap akan pergi. Dan walau kita tidak suka dia, benci dia. Jika dia jodoh kita. Maka bersatu lah". "Jodoh memang ditentukan oleh Allah, tapi kita diberi pilihan untuk berusaha memilih siapa yang kita ingin berserta keredhaan Allah". Namun kita semua nak yang terbaik.

Persoalannya...

Kenapa Bercinta? Kenapa kita bercinta dengan orang yang kita cinta? Kenapa jatuh cinta? Kenapa dan kenapa?

Syok-syok, untuk bersuka-suka. Semua orang dah ada couple", "Takbaguslah takde pakwe"/"Tak macho lah bro kalau takde awek"."Handsomenya dia tu"/Dia lawa seh". "Aku suka dia"/Aku dah sayang dia".Dan macam-macam jawapan lagi. Ada macam-macam sebab boleh menyebabkan hati kita terpaut dengan seseorang itu.

Kenapa kita bercinta? Jatuh cinta? Atas sebab apa?

"Sebab yang rapuh, tak akan mampu membuatkan cinta kita utuh. Sebab yang lemah, tak akan mampu membuatkan cinta kita gagah. Sebab yang main-main, tak akan mampu membuatkan cinta kita bertahan hingga ke syurga Rabbul Alamin". Jodoh di tangan Allah, Usaha di tangan kita.

"Jodoh tu Allah dah susun…". Begitulah jawapannya. Pasrah dan redha.


Ya, jodoh, Allah memang dah tetapkan. Usalah macam mana pun, jodoh itu tetap Allah dah sediakan. Kahwin dengan siapa, bertahan atau tidak, dapat kahwin ke atau terus bujang trang tang tang, semua itu Allah dah susun.Tapi, kita manusia, tidak tahu Allah susun macam mana. Saya ulang, kita manusia, TIDAK TAHU Allah susun macam mana, bagaimana, untuk kita. Sebab itu, manusia di tangannya ada usaha. Allah SWT sendiri menyuruh manusia berusaha. Rasulullah SAW sendiri menyuruh manusia berusaha.

Namun persoalan di sini, bagaimanakah berusaha dalam hal ini?
Dengan bercouple kah? Dengan mengorat kah? Dengan menggoda kah?Dengan sms-sms kah? Dengan bergayut telefon sampai habis kredit kah?Dengan pergi dating kah?

Ini, satu lagi soalan penting yang perlu anda perhatikan.

Cinta itu adalah ibadah.

Ya, cinta itu adalah ibadah sebenarnya. Kerana Allah SWT menyatakan bahawa kehidupan ini adalah ibadah. Cinta adalah sebahagian kepada kehidupan kita. Maka cinta itu adalah ibadah, sekiranya cinta itu berdiri atas dua perkara:

  • Jalan untuk bercinta, merupakan jalan yang Allah SWT redha.
  • Bercinta itu ikhlas hanya kerana Allah SWT.

Saya cakap awal-awal, kalau dua syarat ini tidak diambil, maka sebenarnya cintanya tadi cinta yang kosong sahaja. Bukanlah saya yang mempunyai kuasa untuk menilai sesuatu amal itu diterima atau tidak, tetapi syarat amal diterima begitulah yang ditetapkan di dalam Islam.

Kalau anda ikhlas bercinta, tetapi tidak pula bercinta atas cara yang Allah redha, maka apakah itu ibadah? Mustahil. Kalau anda bercinta ikut cara syara', tak ikhtilat, tak bergaul bebas dan sebagainya, tapi anda tak ikhlas pun bercinta, main-main, saja syok-syok, suka-suka, atau ada niat lain hendak mempergunakan pasangan anda sebab dia kaya, dia cantik hensem, dan sebagainya, maka itu juga tidak berguna.


Cuma nak menjadikannya dikira sebagai ibadah, itu kita perlu kembali merujuk kepada usaha kita.

Apakah usaha kita usaha yang Allah redha?

Banyak mana pun sebab yang ada dalam dunia ini, kita boleh bahagikan semua sebab itu kepada dua.
  • Kerana Allah.
  • Bukan kerana Allah.

Kau suka dia semata-mata sebab dia hensem, sebab dia cantik, sebab dia kaya, sebab dia macam-macamlah, termasuklah sebab dia solehah sekalipun, maka itu masuk nombor dua. Tapi kalau kau cintakan dia, semata-mata kerana Allah. Kau cari yang lawa sebab lawa tu adalah salah satu ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berada sebab yang berada itu pun antara ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang berketurunan baik-baik, sebab itu pun ciri yang Rasulullah sebut, kau cari yang solehah, sebab kau nak dia nanti jaga anak kau dengan baik, tarbiyyah anak kau dengan baik, jaga diri kau dengan baik agar keluarga kau membesar dalam keadaan Allah redha, maka itu semua masuk nombor satu.

Jadi sebab kau yang mana?

Kau akan menemui masalah, putus asa, kecewa, apabila kau memilih sebab-sebab di bawah kategori dua. Tapi, kalau sebab-sebab kau bercinta itu di bawah kategori satu, maka aku rasa, tiada masalah apa-apa. Kau selamat. Kalau cinta kau berterusan, kau selamat dunia akhirat. Kalau kau putus cinta sekalipun pun, kau tetap selamat. Selamat dari kekecewaan yang mengharu birukan.

Orang kategori satu dan orang kategori dua

Orang yang cintanya, didirikan atas kategori pertama, yakni kerana Allah, maka dia tidak akan mempunyai masalah. Sedih itu biasa la. Tapi insyaAllah, sedihnya tak akan panjang. Tak sampai setengah hari pun insyaAllah.

Orang yang bercinta atas dasar kategori pertama, dia tidak akan melanggar batasan syara’. Dia tidak akan berusaha dengan cara yang Allah SWT larang. Usahanya bersih. Malah usahanya tidak termasuk dalam kategori yang orang kata sekarang, mengorat, menggoda.

Kenapa tak termasuk dalam kategori mengorat? Sebab dia yakin jodoh itu di tangan Allah SWT.

Mesti ada yang tanya: "Habis, mana usaha? Tadi kata kena usaha?".

Inilah uniknya orang yang mendirikan cintanya atas dasar iman, kerana Allah SWT semata-mata. Bukan kerana rupa, bukan kerana harta, bukan kerapa apa-apa yang tidak kekal. Dia usaha juga. Tapi tahukah apa usaha orang kategori pertama?

Usahanya lebih kepada peningkatan dirinya, persediaannya menjadi suami, isteri, persediaannya menjadi bapa, persediaannya menyadi ibu, persediaannya untuk menghadapi kehidupan berkeluarga. Maksud persediaan-persediaan di sini, tak sikit pun dimaksudkan dengan persediaan duit ya. Duit nak tanggung anak, nak tanggung isteri, nak tanggung majlis kahwin, itu nombor 10. Kalau lelaki, persediaan yang dimaksudkan adalah persediaan untuk memikul tanggungjawab-tanggungjawab itu, tanggungjawab nak jaga akhirat isteri, tanggungjawab nak jaga akhirat anak, tanggungjawab nak menjaga hubungan mereka dengan Allah, tanggungjawab hendak membawa keluarga, hidup atas jalan yang Allah redha. Begitu juga perempuan, tanggungjawab nak jadi ibu, tanggungjawab nak jadi isteri, pendidik kepada anak, penjaga kepada suami, nak bawa keluarga kepada apa yang Allah redha.


Sebab apa kita akan automatik redha?
Orang yang cintanya terbina atas dasar ini, cintanya tidak akan terus sampai ke pasangannya terlebih dahulu. Cintanya akan sampai kepada Allah SWT terlebih dahulu. Allah itulah sebab dia bercinta. Dengan cara yang Allah suruhlah dia bercinta. Maka apabila Allah yang merupakan matlamatnya ini, memberikan natijah bahawa dia dengan pasangannya yang disukai itu tiada jodoh, tak dapat bersama, maka dia akan redha.

"Ini tandanya, lelaki itu bukan yang terbaik untuk aku. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku".

Ya… itulah dia kekuatan orang yang mengambil kategori pertama sebagai dasar cintanya. Kekuatan keimanan, keyakinan, bahawa Allah SWT tidak akan mengecewakannya. Buat apa kita nak kecewa dengan natijah yang Allah SWT berikan kepada kita? Kita bukan tak usaha, kita bukan buat benda yang Allah larang. Kenapa nak sedih? Kenapa nak terjun bangunan? Kenapa nak frust menonggeng?

Dia tak mempersiapkan dirinya tadi, untuk perempuan atau lelaki. Dia mempersiapkan dirinya tadi, untuk memenuhi tanggungjawabnya kepada Allah, nak jadi suami yang Allah redha, nak jadi bapa yang Allah redha, nak jadi isteri yang Allah redha, nak jadi ibu yang Allah redha, nak usaha bawa keluarga, ke arah yang Allah redha. Bukan kerana pasangannya. Maka bila tak dapat pasangannya itu, apa punca kesedihannya?

Tiada. Inilah dia kekuatan, kelebihan. Sedih sikit, itu lumrah lah bro. Siapa tak sedih bila putus cinta kan? Tapi ketahuilah, kalau cinta kita terbina dari kategori pertama, sedih kita tak akan panjang. Sebab kita sedar, kita faham, kita tahu, kita rasa yang Allah SWT itulah sebab kenapa kita bercinta. Allah SWT tak akan zalim pada kita bro. Dia hendak berikan yang terbaik pada kita. Yakin dengan yang ini, kau tak akan bersedih hati lama-lama.

Orang kategori kedua, banyak lah contohnya pada zaman hari ini. Serah segala-galanya pada pasangan yang di'cinta'inya. Sampai ada yang sanggup jual badan. Tak apa pegang-pegang, raba-raba sana sini. Kononnya cinta, nanti kahwin juga. Tak apa tidur sama-sama, kononnya nanti nak bersama juga. Tak apa dating-dating, kononnya nak taaruf. Serah segala benda, katanya cinta. Duit habis, itu ini tergadai, peraturan Allah langgar, kemudian tup tup putus cinta….

Siapa yang tak terjun bangunan kalau macam itu? Penutupnya, marilah kita perbaiki cinta-cinta kita. Di sinilah pembaca. 'Cinta' kerana Allah, di sinilah kita kena lihat semula. Hari ini, masyarakat nampak bercinta itu macam mana? Apa yang masyarakat katakan sebagai cinta lelaki perempuan hari ini?

Kita bercinta bagaimana? Bila bercinta, pernahkah kita fikir apakah percintaan kita itu dikira oleh Allah SWT atau tidak?

Sebab kan, siapa lagi nak berikan keceriaan di hati kita, kelapangan, kekuatan, kebahagiaan dalam hidup kita lepas putus cinta, lepas mengharungi dugaan dan cabaran, kalau bukan Allah SWT yang menciptakan kita, yang paling dekat dengan kita?

Allah SWT, sebab itulah kita letakkan, Allah SWT lah cinta kita yang pertama, matlamat kita dalam segala-galanya. Tiada yang lebih cintakan kita daripada Allah SWT. Cuma kita sahaja yang tidak mendalami cinta-Nya kepada kita.

Mari bercinta! Bercinta kerana Allah, dengan cara yang Allah SWT luluskan. Bersih, selamat, bebas dari kekecewaan :)

Monday, 24 June 2013

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kau ampunilah segala dosa yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya kekasih ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya

Sekiranya kekasih ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya kekasih ku ini adalah bidadari untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawadhuk akan segala perintahnya

Sekiranya kekasih ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya kekasih ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu

Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai kekasihnya
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu

Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku

Saturday, 11 May 2013






OKEY , ASSALAMUALAIKUM :)
Senyuman hanya mampu disedekahkan sahaja , sbb kalau nak bgi duit nnty takut bajet lari pulak kan . HEHEW . Sebenarnya saje jeh nak bgtau aku hanya mampu tersenyum jeh setelah diGAMEkan oleh dia :) tapi kenapa lah perasaan sayang ny masih ada lagi ek ? tpi tu dulu lah . skrg mybe dah tinggal 5% jeh kot . kalau nampak facebook dy tuh msti rindu balik ngan dy !
EH EH , apesal ttbe pulak cite pasal dia plak ny ! hmm semak jeh bila ingat balik kenangan dulu kan :)
Keep the Smile lah kan .
Cuma nak bgtau jeh , dah lama tak update blog ny . test test jeh dulu .
okeyy , DAH baca kan ?
so ape lagi . bye ! nnty update lagi k . kesuntukan masa lah .
ASSALAMUALAIKUM :)

Saturday, 23 February 2013

New life ツ


Kawan mempunyai pelbagai maksud betul tak ? Ini adalah kawan aku yg terbaik diantara yg terbaik dalam banyak banyak kawan aku kat kolej ni . Nak tahu sbb ape ? sbb diorang ny jugak dah banyak bagi aku semangat bila aku dalam masalah . Aku derita sbb COUPLE yg tak tahu nak hargai aku , diorang ny jugak yg datang dan selamatkan hidup aku dari terus derita pasal CINTA PALSU ! HAHAHAHAH ツ Relax tyra !  hmm , Dulu masa ada couple aku lupakan kawan kawan aku , sekarang bila dah hilang semua tuh baru aku sedar yg aku ade kawan yg AWESOME mcm gadis gadis ny ツ Tak gitu dara dara sekalian ? HEHEHEHE , 
Sorry lah wahai lelaki sekalian sbb aku menolak tawaran kalian yg cuba nak try aku . Hati aku dah jauh dari pandangan lelaki okay . dah tutup untuk bercinta lagi . dah buang segalanya tntang lelaki . Mulut jeh manis mcm gula melaka , tapii MASYAALLAH tuhan jeh yg tahu betapa peritnya derita aku bila putus cinta dgn lelaki yg betul betul aku sayang dan cinta dalam banyak banyak ex couple dulu . Aku sangkakan air akan jernih selamanya , tapi bila dah cukup usia perkenalan aku dgn dia , ini yg aku dapat ! Dibuang mcm sampah . agak agaknya dari jijik dari sampah . Dihina , dimaki hilangkan diri mcm tuh jeh . Kemesraan yg dulu hilang sekelip mata , dah takde lagi gelak tawa dan cerekarama lagi dah . Dan sbb adanya kawan aku ny aku mula kuatkan semangat aku untuk teruskan hidup .
4minggu tak masuk kelas sbb DIA ! hahahahahahh . lawak kan ? sbb lelaki aku boleh skip kelas . hmm , tiada lagi gelak tawa mcm dulu , tiada lagi cerekarama mcm dulu  , tiada lagi romantik romantik mcm dulu dan tiada lagi seorang kekasih hati sama mcm dulu :) semua tinggal kenangan dan akan dibungkus menjadi perhiasan tika kesunyian .
Perbuatan yg baik akan dibalas baik , dan perbuatan yg kejam akan dibalas sekejam kejamnya . Mencari salah aku semuanya nampak jelas . Salah diri sendiri sentiasa dimaafkan sbb hati seorang perempuan tak mampu untuk biarkan kesalahan insan yg disayangi terus dibelenggu dalam diri . terima kasih wahai buah hati yg tersayang kerana perlakukan aku mcm ny rupa . Aku yg tergila gilakan kau , im kau , chat kau , msg kau . call kau , tapi kau sikit pun tak balas semua tuh . Betul kata kau yg pernah kau bgtahu dulu . kau takkan layan ex kau lagi . Dulu aku tak rasa semua tuh sbb kau tak bosan dgn sikap aku , dan sekarang baru aku tahu mcm mane perangai kau . TERIMA KASIH BANYAK BANYAK !
Akhir kata , TOLONG REMOVE AKU MCM MANE KAU REMOVEKAN EX KAU DULU ! please .
                                                   peace DUA untuk kau :)

SEKIAN , assalamualaikum :)

Wednesday, 28 November 2012

SAHABAT DUNIA dan AKHIRAT


Hey KAWAN ku ,
Aku teramat lah rindukan korang ,
Bile lagi kita akan dapat bersama-sama macam dekat kem dulu ek ?
Sayangkan , kite dapat bersama masa dekat kem jeh . bile keluar dari  kem kite tak jumpe walau sekali .

KAWAN ,
Aku rindu nak gelak same same dengan korang .
Tolong laa bgy aku peluang untuk jumpe dgn korang sume .
Aku sedih bile kenangkan saat manis kita masa dekat kem .
Kenapa kita berjauhan ?
Ish , tak adil mcm ny . bile aku tengok jeh gmbar ny aku teringat time kita dalam surau kite borak sampai tak ingat dunia . haha

KAWAN ,
Kau adalah kawan aku DUNIA dan AKHIRAT :)
Jangan lupa kalau dah bina masjid jemput aku okeyy .
Insyaallah aku datang , itu pun kalau panjang umur .
Dan aku akan jemput korang nnty .

KAWAN ,
Kenapa masa berjalan dengan cepat ?
Selama 3bulan kita duduk dalam KEM SERI PERKASA , MANTIN .
Terasa mcm sehari jeh .
Tak adil kan ?

KAWAN ,
Kenangan kita mmg terlalu banyak kan ?
Sampai kita sendiri pun tak dapat nak simpan kenangan tu sepenuhnya dalam ingatan kita kan ?
Tapi TUHAN itu maha ADIL sebab dapat bgy kita peluang untuk berhubung melalui telefon dan facebook ny kan .

KAWAN ku ,
Tentu korang dah lupakan aku kan ?
hm , sedihnya :( tapi takpe . korang adalah SAHABAT yg mmg TERBAIK yg pernah muncul dalam hidup aku .

AKU SAYANGKAN KORANG SANGAT SANGAT <3 nbsp="nbsp">