// Hi, WELCOME TO THE CLUB . hihi ^_^ ♥

Sunday, 29 June 2014

Assalamulaikum RAMADHAN AL-MUBARAK ♥♥

Selamat berpuasa semua ♥ 
suka dimaklumkan yang harini selesai untuk puasa yg pertama dalam tahun ni , 
sedih juga laa tak dapat nak berbuka dengan family . 
Tapi dalam sedih ada juga gembiranya yg tersorok . 
First puasa and first berbuka dengan dia . hahahaha . Alhamdulillah , settle dah . 
Yang paling seronok dalam hidup aku yg tak pernah aku dapat lagi dalam hidup aku adalah 
DIA AJAK AKU SOLAT MAGHRIB dekat surau tmpat dia kerja ni ! yes ! 
aku belum pernah lagi rasa saat macam ni sejak kenal erti percintaan dalam hidup aku . 
Sejahil jahil aku , tak pernah lagi org ajak aku solat sama mcm ni . and dia lah yg ALLAH amanahkan utk jaga aku , makan minum aku , solat aku , kesihatan aku . keselamatan aku walau kemana jua aku pergi . 
Aku bersyukur sangat walaupun dia ni kadang kadang gedik juga , tapi dalam gedik dia ni lain sgt . 
mmg lain sgt ! entah laaa ! Aku yg rasa . bukan sesiapa pun yg rasa . and aku sorang jeh yg boleh rasa semua tu dari dia . sbb aku taknak orang lain rasa apa yg aku rasa dari dia . yg lepas tu tayah cerita lah . malas nak amek tahu . Yang sekarang ni yg aku perlu amik tahu dan wajib amik tahu pasal dia . 
Sepanjang perkenalan aku dengan dia sehingga harini , dia sangat dan tersangat lain  dari apa yg orang cerita kan kat aku . mulut orang mulut takde insurans . sbb tu tak makan dek saman . 
HAHAHAHAH :D 
Biarlah . orang nak stalk aku ke , apa ke lantak lah . bukan diorang yg rasa . bukan diorang yang tanggung . bukan dugaan utk diorang pun . semua utk aku juga 
So tak heran lah orang nak cakap apa pasal aku dengan dia . 
Kadang aku perasan jugak , start aku bercinta dengan dia ada jeh orang yg nak rapat dengan aku . entah . aku tak tahu laa apa muslihat diorang dekat aku . aku tak nafikan yang aku tak ramai kawan perempuan , sbb apa ? salah satunya sbb aku tahu perempuan kuat gossip . itu tak kena , ini tak kena . semua brang kena yg ada brand punya . tanak cap ayam . makan mewah mewah ! aku ? mmg tak laahh nak merasa semua tuh . And semenjak tu lah ada je orang yg nak berbaik dgn aku . tanya pasal aku kat orang itu , orang ini . tak boleh nak tengok aku bahagia langsung . PAYAH ORANG MCAM NI ! Kalau nak aku kongsi kasih kemari lah ! hahah . kurelakan jiwa :D 
Aku tanak ikut kemahuan orang sgt , sbb apa ? sbb aku tahu gelaran aku mcam mana . Sbb aku fikir pengorbanan mak bapak aku . Aku fikir susahnya diorang jaga aku dari kecik sampai besar ! and bila aku dah start bergelar pelajar kolej , start tu aku lalai dlm soal agama , sbb apa ? sbb aku jumpa kawan yg tak betul ! and disebabkan itu lah baru aku sedar yg aku banyak menyusahkan orang tua aku . entah lah ! semenjak aku jauh dari mata family aku , aku boleh dikategorikan dah rosak :'( sedih jugak laa bila dengar ada orang cakap aku mcm tuh . 
DUGAAN datang lagi kat diri aku . 
Aku mohon kat tuhan supaya tunjukkan aku jalan yg benar sbb aku tahu aku dah jauh sesat 
Alhamdulillah , allah makbulkan doa aku . Allah turunkan insan yg sudi terima aku seadanya . segala kekurangan aku , segala kejahatan aku , segala galanya pasal aku . Sudi bimbing aku , Sentiasa nasihati aku segala macam hal . Yang pling penting sekali sudi ajak aku solat sama sama dengan dia . cuma aku kat saf perempuan and dia kat saf lelaki . 
ALHAMDULILLAH , aku bersyukur sangat . Atas restu ibu bapa . atas restu allah . aku bahagia dengan dia . 
Dia penawar segala duka , dia penghibur saat aku sedih . dia sentiasa menemani aku dalam aku berkeadaan sukar . 
Manja dia , sweet dia , semua aku yg rasa . HAHA ! Kalau boleh aku nak dia suap aku hari hari hari hari !hihih ,  Puasa tahun ni penuh tau sayang ! jangan ada yg ponteng ! INGAT ! hidup cuma sekali . belum tentu puasa tahun depan kita boleh buat atau tak . 
Aku sayang kau muhamad amirul muhayat . LANTAK ah orang nak ckp aku apa ! masuk kanan keluar kiri lah ! 

Sunday, 22 June 2014

almost 3 month dah kita kenal kan sayang ? tapi kita tak pernah gaduh kan ? sekali pun tak pernah . kau perasan tak ? WOI ! kau perasan tak ? hahahahha . Tahun ni raya berdua lah ye kita . jgn tutup pintu rumah kalau aku datang sana ye :) Puasa dah nak dekat kan ? so boleh lah kita berbuka sesame yerk ? hahaha . InsyaAllah . puasa jgn tak puasa tau sayang . aku lelaki pun aku puasa tau ni kan perempuan . HAHAHAHAH . kena berubah dah sayang . jgn tak puasa . wajib tu . bazaar mana nak pergi bulan ramadhan ni sayang ? kita berjalan lah cari makanan ye . duit pun kena berjimat ni . duit raya pun kena bagi . dekat bakal adik2 aku tu . hahahahah . Motif utama tulis blog ni nak upload gambar-gambar kita ni . TAK TENTERAM AKU NAK MENAIP KALAU DIA ADA SEBELAH ! JANGAN LAH TENGOK WOI ! TAK DAPAT TGK HABIS SEMUA BUTTON KAU TEKAN ERK ? RELAX AHHH NANTI KAU BACA JUGA WOI .

this is our moment sayang . i love you :)















saja upload byk2 . biar kalau kau rindu aku nanti boleh kau tgk . hahahah . okay lahhh BYE~ LOVEYOU GEMOK ! SELAMAT BERPUASA SEMUA !

Thursday, 5 June 2014

Ya ALLAH : Tak jemu kami memohon kepada ENGKAU, Jadikanlah cintaku pada-MU sebagai suatu yang paling kucintai Agar ENGKAU berkenan menganugerahkan cinta suci kepada kami..
Ya ALLAH..
Jika calon pendampingku telah ENGKAU tetapkan..
Maka gerakkanlah hatinya untuk menujuku..
Pertemukanlah kami dalam sebaik-baiknya pertemuan yang diRedhai-MU..
Kerana ENGKAU lah yang berhak atas hati hamba-hamba-MU..
ENGKAU jugalah yang kuasa membolak-balikkan hati kami..
Ya ALLAH..
Jika dia masih jauh maka
dekatkanlah..
Dekatkan hati kami dalam sebuah ikatan kerana-MU..
Tautkanlah hati kami dengan hatinya yang mengharap redha-MU..
Ya ALLAH..
Pemilik cinta yang Agung.
Pemilik cinta sejati..
Jika cinta kami ENGKAU ciptakan untuk dia..
Sabarkan hatinya,Teguhkan imannya. Tegarkan penantiannya..
Ya ALLAH..
Sang Pemilik Hati, Jika hati kami Engkau ciptakan untuk dia,Penuhi hatinya dengan
Kasih Sayang-MU..
Terangi langkahnya dengan Cahaya-MU..
Limpahkan kelapangan dalam Qalbunya dengan kesabaran, Temanilah dia dalam sepinya..
Ya ALLAH..
Tiada tempat untuk kami
bersandar selain kepada-MU..
Kutitipkan cinta kami pada-MU untuknya..
Kutitipkan sayang kami
pada-MU untuknya..
Kutitipkan rindu kami pada-MU untuknya..
Mekarkan cinta kami bersama cintanya. Satukan hidup kami dan
hidupnya dalam Cinta-MU..
Ya ALLAH..
Kami yakin jika waktunya telah tiba..
Pasti kebahagiaan itu akan kami dapati..
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dalam penantian kami..
Ya ALLAH..
Kirimkan dia yang dapat
membawa kebaikan..
Baik bagi dunia dan akhirat serta Agama kami..
Agar kami bisa bersama-sama berjemaah untuk Menuju-MU..
Ya ALLAH..
Bimbinglah hati kami. Kuatkan hati kami..
Penuhilah hidup kami dengan Rahmat serta kasih sayang-MU..
Aamiin Yaa Rabbal 'Aalamiin..

Wednesday, 21 May 2014

Assalamualaikum ♥

RINDU~
Yea , rindu mmg banyak maksud right ? Antara rindu yang aku nak sampaikan ni adalah perasaan rindu yang aku rasa sekarang ni. Perasaan yang aku rasa saat ni, detik ni ! yeaa ! Sekarang ni lah ! 
Rindukan seseorang, bukan dua orang atau tiga orang , Cuma SORANG! 
Sejak kebelakangan ni aku rasa lain bila dengan dia, i dunno why ! tapi yg pasti rasa lain sangat ! mungkin sebab ALLAH dah aturkan segalanya , rindu yang teramat sangat tiba tiba muncul bila aku dengar suara dia , bila dia bermanja dengan aku , HAHA ! mcam kelakar kan ? Tapi tu lah yg aku rasa , tak dapat nak ckp mcm mana . 

BENCI~ 
"Semakin lama aku bencikan kau, semakin dekat sayang aku pada kau" ,
Dulu memang aku nafikan yang aku paling benci dengan dia tahap firaun tahu tak ! Bila nmpak jeh kelibat dia rasa mcm nak cepuk cepuk jeh muka dia supaya dia tak muncul lagi dalam hidup aku , serious wea, dulu aku tak boleh nampak dia , asal nmpak jeh dia depan aku mmg rasa nak bagi kaki jeh , pelik kan kenapa dulu aku benci dia yg teramat sangat ? Member aku ada laa jugak bgtahu aku ''jangan bencikan seseorang tuh , kot kot orang tuh nanti adalah orang yang paling kita sayang ''
haa , sahih dah laa tuh , dulu kemain aku bencikan dia sampai nak seret jeh muka ni kat jalan , dia punya perasaan benci tuh sampai mcm tu skali . tapi sekarang ~ hahah terbalik pula . dia lah orang yg aku sayang pula . bukan secara paksaan atau kehendak orang tua . NOPE ! Ni sbb kehendak aku sendiri ! yes ! ni tntang perasaan dan isi hati aku sendiri . and takda kaitan dgn semua orang . 

SWEET TALKER~
Dari mula aku start message dia sampai sekarang dia memang seorang lelaki yang bermulut manis , bak kata orang "pijak semut tak mati" , haa dia lah tuh . ayat manis mengalahkan gula melaka ! haha . Bagi aku dia sangat sangat lain daripada yang lain ! cemburu satu hal , panas baran satu hal juga , EGO ? haa yelah ego ! tapi yg paling best nya and aku respect kat dia ni bukan sbb apa , Bukan senang nak jumpa lelaki yang sanggup buang ego dia demi seorang perempuan yang dia sayang , eh betul ke ? hahhaha "Lebih baik pilih orang yang sayangkan kita daripada pilih orang yang kita sayang. Orang yang kita sayang belum tentu sayang kita." and aku rasa mcm mana cinta orang yg sayangkan kita daripada cinta orang yg aku sayang .  

Thursday, 15 May 2014

10 M A Y 2014 ♥



Assalamualaikum ♥

kahkahkah !
*(dah kenapa, pendahuluan pun dah gelak-gelak -.-' )*  punya lah excited,
Macam ni cerita dia , baru baru ni aku ada pergi kenduri kahwin akak kepada teman istimewa aku ni , cehh cehh -,-' *tanak kalah . kira mencari pengubat rindu lah ni , mane tahu kot kot ada pulak terjumpa kwangsoo ttbe dtg kenduri tu then terus melamar aku ke kan , MANE TAHU KOT KOT ade ke kan ? hahah , aku  mencari dan terus mencari akhirnya jumpa jugak ! yes aku dah jumpa lelaki idaman aku . YA ROBBI ! Ni dia haa , 


*meltingggg 


OHMAIGOD OHMAIGOD ! KWANGSOOOO ! 
Melting habis wea bila tengok dia ni , astaghfirullahalazimm, nasib kau jauh ! haha .kalau lah dia yg jadi husband aku ! perghhh ! GIla kau kalau dia kawin dgn aku ! menangis perempuan seluruh asia . kahkahkah :* tapi HAMBAR ! mane boleh ! Berangan jelaa mampu~ hikhiks 

Beralih ke topik kita tadi ,
Sedang aku leka mencari pengubat rindu aku tuh rupanya ada didepan mata . jenuh mencari woii ! hiks , 
akhirnya dapat juga aku berjumpa dgn pengubat rindu , Dia pakai baju melayu , aww ! jatuh melting meleleh air liur tgok lelaki pakai baju melayu . hahah ! dah macam over jeh rasanya-.- ! 
Tipu jelaa , hihi , takde lah smpai melting mana pun , standard ah baju jeh pun . apedehal ? 
Serious talk , kakak dia cantik meletop kot dengan padanan biru and purple ! nah bukti ! sempat gak lah curi curi jadi mamarazi kejap . 


*Ada mcm misha omar tak ? haha maun menggeletar kepala lutut ni kalau misha omar . 


CANTIK KAN ?
Gila kau tak cantik , tgok adik lah kan , eh silap . adik ipar ! hahahah , tapi aku gemok lah ! hmm , menci ah ! Sekarang dlm proses penurunan berat badan lah ni .
INSYAALLAH BOLEH!
Overall semua okey , makanan semua sedap boleh tahan ! hikhiks . Layanan ? jangan ckp lah . hahah . sampai sampai jeh terus disambut oleh mak mertua dekat pintu gerbang . Siap perkenalkan kat sedara mara lagi . *yang baju merah ke atau yg baju hijau ni * hahha ayat tak bole bla masa aku salam mak mertua !cehh  
Sampai sampai jeh terus amik pinggan , tak pandang apa dah . 
Rindu kot dgn Dia ! tipu lah ckp tak rindu kan . slama ni msg jeh manjang . Dah jumpa bole pula main jeling jeling , ingat apa ? Lagu siti nurhaliza ke *menjeling menjeling ku bertentang mata kita sama memandang ? hahah ,
Kalau nak diikutkan hati nak jeh aku peluk dia ckp aku rindu dia tapi agama dah melarang pula , lgipun HARAM kan . hiks  
Kalau lah kau dapat rasa apa yg aku rasa masa tuh kan bagus . tak lah aku susah susah nak pendam semua ni kan . Nak jeh masa tu aku duduk depan dia then tarik muka dia *tatap mata gue* lama lama then tolong  smpaikan salam rindu aku kat dia . tapi tak boleh pula . sbb mak abah ada pula . Tak boleh ,maun kena bahan kaw kaw nnty dgn abah . hahah . cukup lah sekadar pandang memandang , jeling menjeling sahaja . 

SETTLE KESEMUANYA !
Makan dah , selfie dah , jeling menjeling dah ,  tengok pengantin pun dah , tinggal nak berangkat pulang jeh . hihih . Part ni paling aku suka . yes yes yes ! kemain lagi bapak saudara  dia ckp aku CANTIK bagai . hahaha , Padahal punya express aku bersiap sampai kena maki dgn bapak aku . lambat sgt siap . kereta nak jalan dah baru terhegeh hegeh pakai tudung . SENTAP juga lah rasanya ! huhuuu ~ 
Tiba masa salam dgn saudara mara dia , then baru salam bakal mak mertua . Sampai mak mertua larang aku balik ! haa kau ! dahsyat ! *nak balik dah ke ? jgn laa balik jgn la balik ! ayat mak dia power kot ! smpai aku nak ckp pun kaku . yela nak jawab apa pula kan , senyum + sengih jeh la mcm kerang wangi . haks 
And LASTLY ! Aku nak payung satu gambar . First time gmbar berdua ! kikikii ,

 MEMPERSEMBAHKAN ! 


*Rasa mcm comel pula masa ni , mcm tak percaya jeh , Amirul I love you ! 

PENUTUP !
TERIMA KASIH AUNTY RAHIMAH AND UNCLE BASARUDDIN , TERIMA KASIH JUGA BUAT MUHAMAD AMIRUL MUHAYAT KERANA MENGALU ALUKAN KEDATANGAN KAMI SEKELUARGA , AND BUAT PENGANTIN BARU KAK NURUL INTAN SOLEHAH AND SUAMI *SELAMAT PENGANTIN BARU , SEMOGA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN AND SELAMAT MENJALANI KEHIDUPAN YANG BARU BERSAMA SUAMI TERCINTA . 
AKHIR KALAM ~ ASSALAMUALAIKUM ♥


Monday, 12 May 2014

Assalamualaikum .
Ehem..
nak juga merasa update blog kan :D bukan apa just nak berkongsi juga apa aku rasa . takkan nak tengok si Tyra ni je yang update kan ? bosan lahhh kan ? dia pun bukan nya betul sangat otaknya tu .  Biasa lah "BUDAK MUDA , DARAH MUDA" . HAHAHA . tapi walau macam mana pun kan ... aku sayang dia . biarlah orang nak cakap apa . yang penting aku tahu yang aku boleh ubah dia . INSYAALLAH . aku tahu ramai yang tak suka macam mana kita sekarang sayang . tapi pedulikan lahhh . 

kau pun tahu kan yang aku suka kau since first aku tgk kau dalam class ? tapi disebabkan perangai palat aku..kau punya lah benci aku kan ? hahahah aku minta maaf ye . takda niat pun nak cakap yang kau ni tunang aku ke apa ke kan . cuba untuk hiburan je masa tu . tak tahu pula bf kau masa tu pikir serious . tapi dia bodoh juga sebenarnya . dia terlalu serious . sedangkan aku main2 . lantak dia lah . aku ajak jumpa taknak . haihhhh sabar jelahhh . 

Then dapat tahu kau dgn orang lain pula . tapi masa yang sama aku mssg lagi kau . tapi kenapa ehhh ? kau tak prnah cakap yang kau dah ada bf masa tu kan ? aku punya lah beria . last2 kau lost contact dgn aku macam tu je kan ? apa ke bangang lah kau . sedihhh2 . hahahahah . then masa kita pergi i-city tu aku dah asyik pandang kau je . tahh kenapa tergereak pula hati nak msg kau kan ? ahahhaha . mmg ye aku mimpi kau . kalau tak..takda makna aku nak msg kau balik . hahahahah . tapi tak tahu pula dgn 1 mssg tu boleh buat kita contact sampai sekarang kan ? hahahha . ALHAMDULILLAH . 

Aku teruskan langkah seterusnya dgn cakap dgn mak kau dkt telefon , kau ingat aku takut ke nak cakap dgn mak ayah kau ? mmg silap lah woi ! hahahahah . then aku pergi jumpa mak kau dekat kedai . masa tu kebetulan aku balik kampung untuk menjemput orang2 kampung utk datang kenduri kahwin akak aku . alang2 aku ajak parents aku singgah kedai mak . tah kenapa dorang nak pula . mungkin dorang pikir aku dah besar kot. sebab tu dorang ikut kehendak aku nak pergi jumpa mak kau .  :P

 since jumpa mak kau hati aku makin senang nak msg kau . nak call kau . kau pun mesti macam tu juga kan ? :P hari yang aku tggu dah pun tiba pada 10 mei 2014 yang lalu . aku ajak kelaurga kau datang ke majlis perkahwinan akak aku . then kau datang kan ? tapi sayang kau pakai baju warna merah *mungkin kau malu nak pakai baju sama colour dengan aku kan ?  . hahahahahhah . phuiiiiii lah kalau kau pemalu tyra woi .

aku akan cuba ubah kau sayang . walaupun aku tahu mmg susah nak ubah spesies macam kau ni . hahahah . nak masuk gambar susah pula :P hahahahah . Terima kasih ye Nur Athirah sebab terima aku :) aku tak janji kan kemewahan ke apa ke . aku pun takda lah berharta sangat :D kau pun bukan sepenuhnya sayang aku kan ? aku tahu tu . kau macam terpaksa je sebenar nya :'P .

ni haaa lagu untuk kau .
http://www.youtube.com/watch?v=Wtnek_YxJpQ

aku tahu kau mesti baca punya , ni kan blog kau :P hahahaha . insyaAllah aku akan jaga kau , aku akan sayang kau , aku akan terima kekurangan kau sayang :')

aku harap yang kisah kita ni takkan berakhir sedih lah . hahahahah . aku nak kita habis kan kisah kita dekat atas pelamin  suatu hari nanti nanti . jaga hati kau untuk aku okay sayang :) aku akan cuba jadi yang terbaik untuk Allah , keluarga aku , keluarga kau . dan juga kau sayang . insyaAllah :)

Thursday, 1 May 2014

Short of the story its all about SANG ARJUNA DINDA

ASSALAMUALAIKUM ~ SALAM JUMAAT !

Macam dah berhabuk je blog aku ni kan ? ofcourse berhabuk , last update pun bila pulak kan ? okey , aku nak kongsikan apa yg aku rasa sekarang ni .

Semenjak bergelar BUDAK KOLEJ ni mcam mcam cabaran aku lalui . Manis , Pedih , Perit , Kecewa , and pelbagai lagi ujian . Susah utk aku nafikan semuanya tapi aku hanya mampu berdoa agar TUHAN sentiasa melindungi aku dari segala musibah dan bencana . Alhamdulillah !
Sepanjang perjalanan hidup aku selama ni , ini lah kali pertama aku dapat rasa mcm mana berkawan dan dalam masa yg sama ada terselit perasaan kasih dan sayang . kelakar kan ? 
okey , guess what ? rasa rasa dpt tak ? haaa . okey aku cerita eh ! mengada nak tahu ! hihii 
Macam ni kisahnya ,
Semenjak aku belajar kat CYBERNETICS INTERNATIONAL COLLAGE OF TECHNOLOGY tu , semenjak tu aku dah belajar mcm mana nak berdikari tanpa family . Sepanjang aku belajar , mcam macam aku dapat rasa . yg pahit mahupun yg manis :) 
for the shortstory , sejak aku masuk situ aku dapat tahu ada seorang arjuna ni minat dekat aku . Aku tak tahu pulak masa tu . tup tup dapat tahu dia post kat GROUP FACEBOOK ! ha mati kutu aku kat situ . haha ! pernah jugak laa aku terfikir kenapa dia seberani dan senekad mcm ni ! okey then masa berjalan macam biasa and tiba suatu hari ni ,  dia muncul pulak dlam hidup aku !
Haaa , amek kau ! haru biru aku masa tu . ah malas laa nak cerita lagi . 
Kita langkau tahun okey . Agak lama jugak laa dia tunggu , tah tunggu tak tidak , sama jeh aku rasa . boleh jeh dia bercintan cintun dgn org lain . tunggu apa namanya tuh ? lawak jeh ! kikikii :3 
AND AND AND , okey okey panas kau nyah tang ni ! meh rapat ! haa mcam ni cita nyaa , ada laa satu hari tu sebelum aku final exam ! eh tak , selepas 8.3.2014 . haa kau ! time tu kelas aku ade buat lawatan yg tak seberapa lawatan kat sebuah hotel ni kat SHAH ALAM , tak sampai 10 mint jeh kau ! hahah aku perati jeh masa tu . then arah tujuan yg sebenar lawatan tu pergi I-CITY je pun . kelakar ? tak kan ? tayah gelak ! dok diam diam and focus k . 
Setibanya di I-CITY , tup tup turun dari bus , *muka terkejut* ! seorang jurukamera , ha kau baku gitu ! haa seorang jurukamera tiba tiba mengambil gambar seorang gadis yg comel molek ni turun dari bus , rasa mcm turun dari kereta mewah lalu dekat carpet merah  jeh . kikikiiii :D hahah , tiba tiba pulak terlintas dalam kepala ni ''apahal dia amek gmbar aku pulak ni'' , pelik dan sangsi ! so , aku abaikan jelah masa tu . tapi mcm pelik pun ada . tak tahu lah kan . mcm mcm kot ! tak tahu nak ckp mcm mana , eh cerita ! hihii , nevermind , then lepas dari situ *nextday* tiba tiba malam tu kalau tak silap . ade pulak mssg dari arjuna ni . *sesi pembuka bicara lah * menyeru nama aku . TYRA ! tanjat kakak tgok mssg masuk tanpa mengenali number siapa . aku call tanya terus dia cover *berdeham deham pulak * terus dia off ! dalam hati aku *cilaka, cibbai , semua keluar* hahaha . then then dia ckp nama dia and bla bla bla . ape semua tah ! and the nextday nya pulak , dia meluahkan yg dia ada mimpi aku ! hah kau ! hahha . entah laaa kan . 
CERITA SELANJUTNYA , 
until now dia still amek hati aku , dan yg tak boleh nak bla nyaa, aku ada cabar dia jumpa mak bapak aku kalau nak kawan dgn aku . tah kenapa seberaninya dia wea ! YA ALLAH ! tuhan jeh yg tahu . eh tak mula mula aku bagi dia borak dgn mak bapak aku nak tgok berani ke tak berani . belum apa apa lagi aku tgok mak aku terus gelak sampai naik semput dia gelak . ape si arjuna ni buat pun tak tahu lah ! then mak aku okey , bapak aku pulak ! haaa mati lah kau situ ! hahah . rupanya sama ! hampeh ! 
sejurus selepas itu , kira dah dapat restu lah kan . and and and tak aci lah mcm ni . dia dpt ckp dgn mak bpak aku , aku pula tak ? 
kira nak sama sama adil dia pun bawak mak bapak dia jumpa mak aku kat gerai . 12.4.2014 ! yes ! PERJUMPAAN DUA PENJURU ! haa kau ! segala nya nak keluar masa tu . hahahah . 
Aku sebagai perempuan kena lah amik hati orang tua kan . buat laa dorang gelak gelak semua . yg tak bole tahan , family dia terima aku nokkkk ! PANAS PANAS PANAS ! hahahahha . maun tak terangkat satu badan aku kat awang awangan ! hahahah 
OKEY DONE for all discussion tu semua bermula lah restu merestui . hihihi ! tak pernah pernah family aku terima orang yg rapat dgn aku lagi lagi lelaki . tiba tiba ! pooommm ! pelik tapi benar right ? haa ~ 
then , the next day pulak , dia cuba pikat hati aku pulak ! ah menci tau ! hmmm *muka cembeng* 
hampir berjaya and pada suatu malam yg indah , bermulalah detik dimana bunga sudah dipetik orang orang yg benar benar ikhlas menerima aku seadaanya . ya allah , hanya engkau saja yg tahu ! Sampai sekarang , aku happy bila dgn dia , all day  tak henti senyuman dari bibir aku ni ! KAWAN ! dlm istilah kawan ada kasih dan sayang , dan dalam istilah kasih dan sayang timbul perasaan cinta ! ouhhhmaiigooodd ! insyaallah aku akan jaga persahabatan kita , jaga hati , jaga pandangan jaga diri :) 
Ada lagi sebenarnya , cuma tak syok lah time hujan hujan melayan perasaan . hihihii . lagi syok layan mimpi kan ? haa . the next episod pula yea . byeee ~ assalamualaikum :)